Followers

Friday, March 4, 2011

Karangan Rangsangan PMR : Kaedah Belajar Cemerlang

Lihat gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar yang berkesan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

"Ilmu pelita hidup". Begitulah proklamasi yang sesuai bagi ilmu yang menjadi tonggak major dalam kehidupan muasir ini. Proses urbanisasi yang berkembang tanpa limitasi memaksa kepada perkembangan ilmu pengetahuan.

Minhaj pragmatik seperti belajar secara berkumpulan. Sejajar dengan peribahasa Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, cara ini mampu mengurangkan beban kita untuk meneliti sesuatu topik. Lantaran itu, belajar secara berkumpulan merupakan langkah yang efektif. 

'Malu bertanya sesat jalan' bersesuaian dengan cara belajar berkesan iaitu bertanya guru. Hal ini dapat menambahkan lagi kefahaman dalam pelajaran. Oleh itu, bertanya kepada guru juga wadah dalam pembelajaran berkesan.

Mengulangkaji pelajaran dapat membantu dalam mengingat kembali pelajaran yang lalu. Jelaslah bahawa mengulangkaji pelajaran merupakan salah satu cara belajar berkesan yang boleh diamalkan.

Intihanya, prakarsa konkrit perlu diambil untuk belajar bagi menjamin kemaslahatan individu pada hari muka yang penuh dengan cabaran.

(123 patah perkataan)
Ikmal Hakimi

2 comments:

maisarah :) said...

thanks sgt2 sbb buat post ni! xD

Ikmal Hakimi said...

Sama-sama! :)

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms